Laman utama

“Melayu Cemerlang” dicadangkan jadi slogan baru UMNO

20/06/2010 5:43pm

BESUT 20 Jun — Slogan Umno ”Hidup Melayu” dicadang diubah kepada ”Melayu Cemerlang” agar relevan dengan suasana dan perkembangan negara masa kini.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai untuk menggerakkan orang Melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang kini lebih ke hadapan.

"Slogan Hidup Melayu lebih menjurus kepada membina asas perjuangan dan kekuatan bangsa Melayu di era sebelum dan selepas kemerdekaan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Dalam Organisasi di Bangunan Umno Bahagian Besut di Jerteh, hari ini.

Slogan baru itu dicadangkan oleh Umno Bahagian Besut. Bagaimanapun menurutnya, suasana kini telah banyak berubah dan usaha berterusan memperkasa dan memartabatkan orang Melayu perlu dibuat menerusi pendekatan yang lebih realistik. — Bernama


 

1,000 sertai bantahan terhadap rejim Israel


Orang ramai meluahkan kemarahan dengan membakar bendera Israel pada program Selamatkan Gaza Jahanam Israel di Jertih, Besut, kelmarin.


BESUT 13 Jun - Hampir 1,000 penduduk daerah ini menyertai bantahan secara aman terhadap Israel yang dinamakan 'Program Selamatkan Gaza Jahanam Israel' di kawasan Medan Selera Bandar Jerteh dekat sini baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada ahli pelbagai badan sukarela dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam daerah ini.

Tidak ketinggalan menyertai bantahan itu ialah ahli-ahli Puteri dan Wanita UMNO serta orang perseorangan yang membantah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin serta sukarelawan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh; ADUN Kuala Besut, Dr. Abd. Rahman Mokhtar dan ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Program bermula dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan ceramah mengenai kekejaman Israel serta solat isyak dan solat hajat yang diimamkan oleh Pegawai Agama Daerah Besut, Nik Zulhaiza Nik Ismail.

Peserta turut membawa pelbagai sepanduk yang mengutuk keganasan dan perbuatan Israel yang menahan kapal serta membunuh sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru.

Idris dalam ucapan ringkasnya pada akhir program itu berkata, perbuatan rejim Zionis itu bukan sahaja mendapat bantahan daripada orang Islam malah daripada masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Beliau berharap, lebih ramai anggota masyarakat memberikan sokongan dan bantuan yang sesuai kepada rakyat Palestin yang sudah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis.

 

Ulang tahun UMNO sederhana tetapi meriah

KUALA LUMPUR 11 Mei - Sambutan ulang tahun UMNO kali ke-64 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung dalam keadaan sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 ahli dari seluruh negara.

Majlis dimulakan dengan pelepasan peserta ekspedisi kembara ke tanah suci tepat pukul 7 malam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti dengan solat maghrib berjemaah, tahlil, bacaan yasin, doa kesyukuran serta solat isyak.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Turut serta pada majlis bersejarah itu, veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik, Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin sayap parti dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selepas menunaikan solat isyak berjemaah, Perdana Menteri yang segak berbaju melayu putih diiringi barisan kepemimpinan UMNO berarak masuk ke dewan bagi memulakan acara sambutan ulang tahun ke-64.

Di dewan, acara bermula dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan upacara menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa'.

Bagi mendapat keberkatan, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, disusuli upacara memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian.

Pada majlis itu juga, Tan Sri Zainuddin Maidin, diumumkan sebagai penerima Anugerah Melayu Terbilang, atas jasanya yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan bagi mengangkat martabat bangsa Melayu.

 


Laman web ini dibangunkan oleh AFI PCMASTER NETWORK (TR0057495-A) untuk kegunaan UMNO Bahagian Besut, Terengganu
Copyright © 2010 Laman Web Rasmi UMNO Bahagian Besut. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Pelawat

We have 3 guests online

Statistik

OS : Linux a
PHP : 5.2.5
MySQL : 5.0.51a
Time : 19:32
Caching : Disabled
GZIP : Enabled
Members : 2
Content : 214
Content View Hits : 54050